|
SEKAPUR SIREH DARI KETUA SEKTOR |
|
Written by Web Master
|
|
Saturday, 12 June 2004 |
|
KETUA SEKTOR-TN HJ MUNAJAT BIN TAMRIN
Assamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah dengan limpah rahmat dan izin-Nya, Portal Sektor Pengurusan
Sekolah Jabatan Pelajaran Kedah yang dibangunkan dapat menjadi wadah
komunikasi dan maklumat yang cekap dan berkesan.
Dalam memahami, menghayati dan merealisasikan konsep 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, sistem penyampaian sektor ini dapat
dipertingkatkan dan menjadi sebahagian daripada agenda tranformasi
Perkhidmatan Awam. Penggunaan ICT dan Budaya Kerja Cemerlang dalam
sistem penyampaian dapat membantu pemimpin dan pengurus di peringkat
daerah dan sekolah di negeri Kedah menawarkan pengurusan dan
perkhidmatan lebih baik bagi
memenuhi ekspektasi stakeholders dan pelanggan.
Akhir sekali, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Kedah beriltizam
dengan penuh tawaduk dan jujur, menawarkan kecemerlangan kualiti kerja,
bertenaga dan senantiasa berusaha menambah baik proses sedia ada demi
meneruskan kesinambungan kecemerlangan perkhidmatan selaras dengan moto
jabatan ini 'Pendidikan Cemerlang Kedah Terbilang'.
Sekian. Terima kasih.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 27 January 2010 )
|
|
|
SENARAI 20 SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI |
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 09 August 2004 |
|
20 Sekolah Berprestasi Tinggi telah membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.
|
|
Last Updated ( Thursday, 28 January 2010 )
|
|
Read more...
|
|
|
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA |
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 09 August 2004 |
|
04 Nov - 4 sub NKRA pendidikan
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi tumpuan kepada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan bagi melaksanakan perancangan pendidikan untuk tahun depan dan dalam
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, empat sub-NKRA berkenaan ialah memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah, meningkat kadar literasi dan numerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi dan mengiktiraf pengetua dan guru besar yang menunjukkan prestasi cemerlang.
“Objektif yang perlu dicapai ialah memastikan murid mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka dan dapat memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat serta negara hasil persekolahan dan pendidikan yang mereka peroleh,” katanya ketika merasmikan Seminar Pembangunan Pendidikan RMK-10 di sini, semalam.
|
|
Last Updated ( Thursday, 28 January 2010 )
|
|
Read more...
|
|
|